What happens after 18/6?

You know, I’m sorry
I won’t make it to your party
Got caught up in my own selfishness
It won’t let me be a part of this

And I know I’ve started
Drifting off every second
I can’t wait to leave as soon as I arrive
I count the seconds”

The Chainsmokers; The One

sebelum tu, minggu depan sepatutnya nak ikut budak first year pergi sampling dari 5 April sampai 8 April dan Dr Liney ingat tp aku tak betul2 tentukan tarikh, jadi nasib baik jugak Dr Liney tak terus bg bilik dekat aku dengan Syammir. aku tak rasa pun Syammir ingat. hahah. adoi. sebab aku tak habiskan lagi buat sampling siput gondang aku tu. dan minggu depan cuti pertengahan, aku perlu refill balik semangat aku dengan jumpa sekurang-kurangnya sekali dua dengan Aryna Syuhaidah Pejal sebab dah lama sangat dah. huhu.

okay jadi minggu lepas baru aku terperasan yang aku dah keluar macam dah nak dekat setiap minggu dengan Alep dan aku macam tengok balik gambar dekat belakang tu cantik gila, dalam Malaysia jee pun tapi, kalau nak betul2 hargai masa dengan tempat yg kita ada, boleh jee jumpe. sampai dekat Tirah dia cakap macam 4 musim. haha. sampai Alep pun tak ingat gambar tu ambik kat mana sebab banyak sangat. ada yang dekat Langkawi tu. Teluk Cempedak dekat dengan kawasan pantai tu, oh yang sebenarnya Marina pun ada sekali tapi dia tak tegur sebab takut salah orang padahal dengan dia ada lagi dua orang UiTM juga dengan aku. rindu juga UiTM, banyak ajar aku yang banyak lagi aku tak tahu dan masuk UPM jangan cakaplah sama jugak.

kali ni rombongan untuk Coastal Trip dengan Dr Yusof, hmmm, tak tahu lah itu jee lah kut kali terakhir keluar semester ni, lepas ni program Ethics dengan System ikut kelas masing-masing tak semua orang ambik. dan kali ni rasa lah lain. aku tak tahu dorang semua macam mana. tapi aku terpikir, lepas 18/6 apa akan jadi? 18/6 tu ada apa? okei. itu adalah tarikh akhir setengah dari budak kelas ada peperiksaan akhirLAST. lepas tu semua dah boleh pergi balik ke Sarawak Sabah Kelantan Kedah Pulau Pinang Terengganu Pahang Perak Melaka Negeri Sembilan dan Johor balik. aku lepas tu balik lah Kuala Lumpur yang 30 minit tu. rasa dia macam aku tak nak masa lalu cepat sangat. bukan sebab semestinyalah aku nak lah siapkan FYP dengan tenang. tapi sebab aku tak nak tahu apa rasa dia tak jumpa budak kelas atau the familiar atmosphere bila masuk ke dalam kelas.

orang cari gaduh terus jadi second best dalam kelas belakang LohEnon dengan Syammir dan aku lapar jee memanjang. Wafiy goreng sehabis boleh untuk lari dari soalan pensyarah. Ah Chong masuk kelas laju2 aku tak tahu apa yang dia nak kejar. Anis tiba-tiba dengar perbualan kau dan masuk borak sekali. Jenab gelak kuat-kuat, Lola dengan tudung pakai pin tag nama tu aku tak boleh terima. Ijat dah lama tak pakai baju askar dia. Dayah dengan suara kecik dia marah kalau kacau dia dengan kucing. bom bom. asap pistol dengan Mawar yang dengan dunia khayalan dia suka makan timun. sakit pulak dada sekarang ni nak karang semua ni. hmmm. cerita Life semalam yang Ryan Reynolds berlakon tu tak membantu langsung sebab akhir dia sama stress macam cerita La La Land. ke itu trend sekarang ni. kau dah kene tahu tak semua jadi macam yang kau nak tapi kau kene teruskan hidup jugak. geng atau kroni lantaklah yang kadang2 aku ikut sekali main badminton. dorang akan rindu masing2. aku akan rindu dorang atau korang kalau korang tengah baca ni. Liong akan saing2 dengan Enon kalau ada nak cakap kat depan jee suara dorang macam nak nangis. semua akan konon2 senyap bila aku cakap dekat depan sebab suara aku kuat dan suka kalau orang dengar. Allahu. What happens after 18/6?

takpe aku teruskan dengan apa yang takkan jadi. akan susah untuk kumpul 35 orang sekali. Che Nor Najidah Jia Jia dah jauh lama dah tinggalkan kelas. entah tengah buat apa dah sekarang. takde lagi dah nak naik satu bas. ya. takde dah nak bus sama2 ramai2. jerit2 nama Mawar atau Waheedah atau aku akan petik nama Rehe untuk baca doa. hmmm. kumpul kat fakulti nak pakai baju sama. takde dah. sampai jee dekat tempat orang tu, seorang mesti akan buat hal. cari gaduh dengan yang lain. then tangkap gambar, aku mampu pertahankan gambar selfie aku. haha.

kemudian aku akan ingat cakap Dr, kau penting mana pun, kalau kau dah pergi program alam sekitar, tapi akhir sekali kau duduk dalam kereta sebab kau orang kehormat sebab air cond buat apa? betul tu. tak payah lah datang tayang muka saja kalau gitu. lepas tu naik ke atas menara yang untuk bird watch tu dan Dr sambung terangkan pasal paya bakau dan pengurusan pantai sebab hakisan dari ombak dan apa pengurusan di situ buat dengan letakkan batu besar. aku memang lambat sikit pasal nama makanan laut ni. haha. jadi yang tu geng Jadah Haram tahu lebih lagi.

petang main sikit dengan lumpur tapi takde lah kotor mana pun. mandi kat masjid then akhir sekali tengok ya Allah cantik gila kunang-kunang kat situ. sangat sensitif dengan perubahan sekeliling, kalau takde paya bakau dia nak lari mana. kalau sesat kat bandar kesian dia seekor nyalakan lampu nak cari pasangan. siapa yang ada rezeki hari tu dapatlah follow insta stories aku rakam semua perjalanan hari tu. malam balik sempat lepak dekat kedai mamak. tup tup esok aku kerja. Isnin lepas pun.

bagitahu aku sekali lagi harap ke Pulau Perhentian tu jadi ya. amin. dan jawapan untuk diri aku sendiri untuk poll yang aku buat, aku pergi mana memang boleh jee hidup tapi kuat2 manusia, dia nak jugak berada kat bawah dan kawan baik dia yang kat depan. penat juga jalan laju ni, hahah, kalau paham maksud aku.

oh selain tu, dah jumpe Jesse, suka aku kalau keluar masa yang kite akan tengok telefon bile nak balas parents yang hubungi kita dan nak tangkap gambar. takde masa nak main telefon sebab lama tak jumpe tapi boraknya kurang nanti. dan ada orang kadang cakap jangan main telefon dekat aku pernah lah sekali ni, tapi last2 dia yang main telefon. aku tak paham. jadi senyap jee sebab dah rasa diri sendiri betulkan? huhu. thank you jumpa lagi nanti. suka kongsi kalau tengok cerita atau buku yang best2. Power Rangers okay lah. ya. okei jee lah. hahah. ade lah a few reference yang aku dapat tangkap tapi takde macam sambung guna lagu lama paham cerita baru tapi lagu tu legend kut. huhu. okey lah.

#BonEntierMeritant

Good. Whole. Deserving.

Advertisements

One thought on “What happens after 18/6?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s