What happens after 18/6?

You know, I’m sorry
I won’t make it to your party
Got caught up in my own selfishness
It won’t let me be a part of this

And I know I’ve started
Drifting off every second
I can’t wait to leave as soon as I arrive
I count the seconds”

The Chainsmokers; The One

sebelum tu, minggu depan sepatutnya nak ikut budak first year pergi sampling dari 5 April sampai 8 April dan Dr Liney ingat tp aku tak betul2 tentukan tarikh, jadi nasib baik jugak Dr Liney tak terus bg bilik dekat aku dengan Syammir. aku tak rasa pun Syammir ingat. hahah. adoi. sebab aku tak habiskan lagi buat sampling siput gondang aku tu. dan minggu depan cuti pertengahan, aku perlu refill balik semangat aku dengan jumpa sekurang-kurangnya sekali dua dengan Aryna Syuhaidah Pejal sebab dah lama sangat dah. huhu.

okay jadi minggu lepas baru aku terperasan yang aku dah keluar macam dah nak dekat setiap minggu dengan Alep dan aku macam tengok balik gambar dekat belakang tu cantik gila, dalam Malaysia jee pun tapi, kalau nak betul2 hargai masa dengan tempat yg kita ada, boleh jee jumpe. sampai dekat Tirah dia cakap macam 4 musim. haha. sampai Alep pun tak ingat gambar tu ambik kat mana sebab banyak sangat. ada yang dekat Langkawi tu. Teluk Cempedak dekat dengan kawasan pantai tu, oh yang sebenarnya Marina pun ada sekali tapi dia tak tegur sebab takut salah orang padahal dengan dia ada lagi dua orang UiTM juga dengan aku. rindu juga UiTM, banyak ajar aku yang banyak lagi aku tak tahu dan masuk UPM jangan cakaplah sama jugak.

kali ni rombongan untuk Coastal Trip dengan Dr Yusof, hmmm, tak tahu lah itu jee lah kut kali terakhir keluar semester ni, lepas ni program Ethics dengan System ikut kelas masing-masing tak semua orang ambik. dan kali ni rasa lah lain. aku tak tahu dorang semua macam mana. tapi aku terpikir, lepas 18/6 apa akan jadi? 18/6 tu ada apa? okei. itu adalah tarikh akhir setengah dari budak kelas ada peperiksaan akhirLAST. lepas tu semua dah boleh pergi balik ke Sarawak Sabah Kelantan Kedah Pulau Pinang Terengganu Pahang Perak Melaka Negeri Sembilan dan Johor balik. aku lepas tu balik lah Kuala Lumpur yang 30 minit tu. rasa dia macam aku tak nak masa lalu cepat sangat. bukan sebab semestinyalah aku nak lah siapkan FYP dengan tenang. tapi sebab aku tak nak tahu apa rasa dia tak jumpa budak kelas atau the familiar atmosphere bila masuk ke dalam kelas.

orang cari gaduh terus jadi second best dalam kelas belakang LohEnon dengan Syammir dan aku lapar jee memanjang. Wafiy goreng sehabis boleh untuk lari dari soalan pensyarah. Ah Chong masuk kelas laju2 aku tak tahu apa yang dia nak kejar. Anis tiba-tiba dengar perbualan kau dan masuk borak sekali. Jenab gelak kuat-kuat, Lola dengan tudung pakai pin tag nama tu aku tak boleh terima. Ijat dah lama tak pakai baju askar dia. Dayah dengan suara kecik dia marah kalau kacau dia dengan kucing. bom bom. asap pistol dengan Mawar yang dengan dunia khayalan dia suka makan timun. sakit pulak dada sekarang ni nak karang semua ni. hmmm. cerita Life semalam yang Ryan Reynolds berlakon tu tak membantu langsung sebab akhir dia sama stress macam cerita La La Land. ke itu trend sekarang ni. kau dah kene tahu tak semua jadi macam yang kau nak tapi kau kene teruskan hidup jugak. geng atau kroni lantaklah yang kadang2 aku ikut sekali main badminton. dorang akan rindu masing2. aku akan rindu dorang atau korang kalau korang tengah baca ni. Liong akan saing2 dengan Enon kalau ada nak cakap kat depan jee suara dorang macam nak nangis. semua akan konon2 senyap bila aku cakap dekat depan sebab suara aku kuat dan suka kalau orang dengar. Allahu. What happens after 18/6?

takpe aku teruskan dengan apa yang takkan jadi. akan susah untuk kumpul 35 orang sekali. Che Nor Najidah Jia Jia dah jauh lama dah tinggalkan kelas. entah tengah buat apa dah sekarang. takde lagi dah nak naik satu bas. ya. takde dah nak bus sama2 ramai2. jerit2 nama Mawar atau Waheedah atau aku akan petik nama Rehe untuk baca doa. hmmm. kumpul kat fakulti nak pakai baju sama. takde dah. sampai jee dekat tempat orang tu, seorang mesti akan buat hal. cari gaduh dengan yang lain. then tangkap gambar, aku mampu pertahankan gambar selfie aku. haha.

kemudian aku akan ingat cakap Dr, kau penting mana pun, kalau kau dah pergi program alam sekitar, tapi akhir sekali kau duduk dalam kereta sebab kau orang kehormat sebab air cond buat apa? betul tu. tak payah lah datang tayang muka saja kalau gitu. lepas tu naik ke atas menara yang untuk bird watch tu dan Dr sambung terangkan pasal paya bakau dan pengurusan pantai sebab hakisan dari ombak dan apa pengurusan di situ buat dengan letakkan batu besar. aku memang lambat sikit pasal nama makanan laut ni. haha. jadi yang tu geng Jadah Haram tahu lebih lagi.

petang main sikit dengan lumpur tapi takde lah kotor mana pun. mandi kat masjid then akhir sekali tengok ya Allah cantik gila kunang-kunang kat situ. sangat sensitif dengan perubahan sekeliling, kalau takde paya bakau dia nak lari mana. kalau sesat kat bandar kesian dia seekor nyalakan lampu nak cari pasangan. siapa yang ada rezeki hari tu dapatlah follow insta stories aku rakam semua perjalanan hari tu. malam balik sempat lepak dekat kedai mamak. tup tup esok aku kerja. Isnin lepas pun.

bagitahu aku sekali lagi harap ke Pulau Perhentian tu jadi ya. amin. dan jawapan untuk diri aku sendiri untuk poll yang aku buat, aku pergi mana memang boleh jee hidup tapi kuat2 manusia, dia nak jugak berada kat bawah dan kawan baik dia yang kat depan. penat juga jalan laju ni, hahah, kalau paham maksud aku.

oh selain tu, dah jumpe Jesse, suka aku kalau keluar masa yang kite akan tengok telefon bile nak balas parents yang hubungi kita dan nak tangkap gambar. takde masa nak main telefon sebab lama tak jumpe tapi boraknya kurang nanti. dan ada orang kadang cakap jangan main telefon dekat aku pernah lah sekali ni, tapi last2 dia yang main telefon. aku tak paham. jadi senyap jee sebab dah rasa diri sendiri betulkan? huhu. thank you jumpa lagi nanti. suka kongsi kalau tengok cerita atau buku yang best2. Power Rangers okay lah. ya. okei jee lah. hahah. ade lah a few reference yang aku dapat tangkap tapi takde macam sambung guna lagu lama paham cerita baru tapi lagu tu legend kut. huhu. okey lah.

#BonEntierMeritant

Good. Whole. Deserving.

Setapak Menuju Graduasi

setapak tu macam lebih2 sangat. hahah. lebih kepada berlangkah2 nak habiskan 4 tahun ni. tapi takdelah berkejar nak habiskan betul2. sebab masa yang tinggal satu semester saja lagi. punyalah banyak benda jadi 2016 sampai tak terupdate langsung blog ni. dari latihan industri mula Februari sampai Jun, kemudian dapat pengalaman jadi Felo Perdana kepada YB Dato’ Wan Junaidi bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, memang impian gile dapat masuk jugak dalam NRE. Dapat pergi ke Bangkok, Thailand dengan tajaan dari AEON 1% Club untuk bincang mengenai isu kualiti air dekat sana, terlepas peluang nak pergi Singapore bagi perbincangan alam sekitar tapi tak apalah, orang kata, bukan rezeki dan ada hikmah. Lepas tu persediaan bagi program Orang Asli Initiative di bawah YSEALI dan kalah jugak dengan demam denggi. Itu pun ada sebab juga, sebab lepas tu, lebih hargai hidup ni. Hahah. Bunyi macam poyo kelakar kan? Tapi tulah, lepas jee kes tu, nak marah orang takkan lama, terus maafkan sebab dah tahu nyawa ni singkat dan Allah punya, nak sombong2 pergi mana? Kubur seorang jugak bak kata Ain Arif baru2 ni. Nasihat mak dia kalau orang tinggalkan kita walau sebaik mana pun kita dengan orang. Tapi yang penting, jangan pulak lupakan orang yang dah tolong kita. Syukur jugak atas pengiktirafan fakulti dan juga kolej bagi Anugerah Zamrud Nusantara (Pelajar Terbaik) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar, Anugerah Seni Pendeta (Tokoh Kebudayaan Lelaki)Anugerah Akademik Terbaik Lelaki dan Anugerah Kecemerlangan Pendeta (Terbaik Keseluruhan). Terima kasih sangat dekat semua orang yang sentiasa ada bersama doa, penaat lelah dengar cerita panjang aku ulang2 hahah. Tanpa korang, semua ni memang mustahil. Dengan izin Allah itu semestinya. Aku doakan terbaik untuk korang semua jugak. Mana yang aku boleh tolong aku akan tolong untuk Fakulti Pengajian Alam Sekitar dan Kolej Pendeta Za’ba tercinta ni. Heh.

Selesai itu semua, aku tengah fokus dekat projek akhir tahun aku pasal siput gondang atau Island Applesnail nama saintifik Pomacea InsularumInsya Allah, ade rezeki, siap thesis nanti, aku akan upload dekat sini untuk rujukan orang lain pulak siap dengan format pulak tu. Hahah. Memang terkejar buat semua ni. Tajuk biarkan dulu, dah siap semua baru boleh bagitahu isi dia semua. pada masa yang sama, aku dah terlepas jugak peluang sebab tak sempat nak emel pengajur untuk pergi latihan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 sebab masa tu ada hal berbangkit tak dapat nak datang. Sedih jugak. Hahah. Adoi. Akan datang ada trip pantai dan paya bakau untuk kursus Coastal Zone Management. Dan kursus sem ni agak best Society Ethics and Environment. Aku definitely belajar banyak benda dan bukan tak dapat apa2 macam apa yang ada senior komen dalam maklum balas kursus akhir semester tu. Hahah. Aku minggu ketiga ni pun banyak jugak input aku dapat. Alhamdulillah juga dan tahniah untuk diri sendiri sebab memang jaga masa semester ni, memang macam cepat jugaklah tapi tak adalah rasa masa memang membazir macam tu saja, sebab dah ada proper planner balik, kalau tak mesti banyak benda terlepas dan rasa macam masa tu cepat dan bazir terkejar2.

Sumber inspirasi aku untuk menaip balik adalah sebab #BonEntierMéritant kali ni bercuti ke Langkawi dan pergh sumpah function terok abam Syammir Nasri hahah jaga masa, kalau tak tertinggal kat situ. Hahah. Seronok tu satu tapi takdelah pulang dengan tangan kosong, aku asyik terpk pasal ikan belacak yang aku tak pernah jumpa dari segi anatomi biologi dia apa yang membuatkan boleh hidup dua alam. Lagi satu terkesan dengan tidak menggunakan straw dah lepas video tersumbat dalam rongga hidung penyu tu. Semua sebab manusia. Haiwan tak ada habitat pun sebab manusia. Hmm. Aku akan terus tak pakai polystyrene dan tak merungut pun tak pakai plastik melainkan kena bayar. Jangan nak politikkan benda ni. Perkara senang. Kalau menyusahkan manusia berdosa, tak ke menyeksa haiwan tu zalim? Dah lah malas, pengotor, secebis plastik kecil jatuh, yang ada pangkat Dato’, Dr., YB, Ustaz, Haji, Datin confirm angkat balik dan buang kat tempat sepatutnya? Cakap memang pandai.

Yang penting perkara paling senang nak paham adalah, kalau tak dapat nak tolong, jangan nak menyusahkan kerja2 orang yang fikirkan untuk alam sekitar ni. Tu jee. Insya Allah, habis konvokesyen bulan 10 nanti, aku tak sabar nak tengok korang semua berjaya dengan kerja masing2 dalam sektor lain2 dan skop2 berbeza dalam perjuangkan alam sekitar ni, kalau tak kita siapa lagi?

Malangnya percutiaan ni clash dengan SUKZA jadi tak boleh nak buat apa, teruk2 aku baru simpan niat sekurang2 nak lari. Wakil akhir untuk rumah sukan masa tahun 2, 4 x 100 meter. Zaman bila tu? Hahah. Island hoping best. Dan gelak2 tak ingat dunia dengan geng Jadah Haram. Jangan tanyalah kenapa macam tu. Terbaik terbaik. Hahah. Makanan alhamdulillah tak adalah kebulur. Yang penting ada chocolate settle. Semoga Mama sihat2 saja. Sebab sekarang ni ramai demam. Aku pun tengah demam. Bonda pun harap sihat juga. Jaga diri ya semua! Thank you kawan baik yang layan jee karenah aku untuk semester last ni. Lepas tu tak tahu boleh jumpa senang2 tak nanti. Semoga dipermudahkan untuk urusan korang semua. roommate takda nak mengadu kat siapa lagi? Hahah.

ps: terasa juga ada orang tu datang tak text tak bagi tahu pape nak datang, dah lah tak sempat jumpe, hmm. sedih. 😂

file_000

Tak apa ya wahai Amir Izzat nanti kita akan ade trip lain. Abam kau nak plan pergi Perhentian pulak. Hahah, bab2 ni dia rajin.

file_000-1

Agak2 bila boleh keluar lepak makan gelak lagi Aryna, Syuhaidah, Pejal, Hafizan, Lutfi, Hakeem? Hmm.

Beautiful Disaster

Who would expect that Semester 5 turned out to be a challenging semester. With no responsibility and such, life sure can smack you in the face without you knowing it. In between all those outings, celebrations and events, life isn’t that easy for most of us. I thought I had it rough, well trust me, minus the current issue about toll, sky-rocketed prices, ISIS, Donald Trump, Syria, Africa, there are hardships, even among our circles.

It is hard to accept the fact, things can change overnight. With a few sentences and moves, anyone can change. Feelings change. With people around me being more than 20 years old, wow, we are really considered grown-ups huh? And yes, but we are not going to topics like marriage.

Some stories are meant to be kept as secrets, so Im just leave it to that, and cheers for #TeamBritney 2nd year anniversary. We have no decent picture of ourselves this semester, so let just reminiscing old photos and look how far we have gone. Ain Arif, Jessica Chia, Atiqah Masarudin and Dayana Gan. Thank you girls. And it is not too late to wish Salam Maulidur Rasul, praises and bless the beloved Rasulullah SAW. May Allah bless us all always under his teachings. Insya Allah amin.

#TeamBritney

And also thank you for the first semester of 2015/ 2016 session being roommates. Hahah. You’ve been very kind, listening and spoiling me whenever you could, being patient and among other things, Ariff Edzham. Most appreciated.

Ariff Edzham

Thank you guys for being there when it matters most.

And you. Thank you for staying even when its hard to keep up sometimes.

FESSA Welcomes All of You

FESSA

The executive board members of Faculty of Environmental Studies’ Students Association or FESSA of 2015/ 2016 and Student Representative Councils of 2014/ 2015 would like to welcome all new to students to the faculty. Any inquiries do not hesitate to ask us.

Majlis Eksekutif ‘Faculty of Environmental Studies’ Students Association’ Sesi 2015/ 2016 dan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/ 2015 ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Sebarang soalan blh tujukan kepada kami.

#FESSA #MPP #FPAS #UPM

Fakulti Pengajian Alam Sekitar

Fakulti Pengajian Alam Sekitar

Salam dan selamat sejahtera sekali lagi, selagi ada masa kami akan sentiasa cuba untuk buatkan family baru rasa terus macam dekat rumah di UPM ni, tak mahulah bakal family rasa kekok nak masuk rumah sendiri kan?

Tahniah dan Syabas kepada mereka yang mendapat tempat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Terutamanya yang bakal meneruskan zaman degree di Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS). Soalan lazim apabila dapat program ni mesti;

1. Apa perbezaan antara Sains & Teknologi Alam Sekitar dan Pengurusan Alam Sekitar?
In general, anda akan dapat tahu bila dah belajar nanti nampaklah ketaranya tapi dari saya sendiri kalau nak tahu lebih awal, senang sahaja, Bachelor of Environmental Science & Technology (BEST) lebih memfokuskan kepada subjek sains; fizik, kimia dan biologi, ada calculus sekali dan ada kerja dalam lab banyak. Bagi Bachelor of Environmental Management (BEM) pula ada belajar subjek management, marketing, ekonomi dan lain-lain yang akan membantu apabila masuk dalam bagaimana nak menguruskan alam sekitar. Dalam kata lain, ada dua, satu Scientist satu lagi Manager, harap dapat idea sikit apa perbezaan dia.

2. Ada berapa jabatan?
Senang sahaja, dua jabatan tu Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar (JSAS) dan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar (JPAS). Jabatan ni sebagai rujukan family baru jika nak tanya Ketua Jabatan (KJ) atau senior tentang skop pengajian dan sebagainya.

3. Senang dapat kerja tak, mana arah tuju program alam sekitar ni?
Hah, ni soalan klise dan benda yang paling ‘simple’ nak jelaskan ialah satu, skop alam sekitar ni besar sebenarnya, kaji air, udara, hutan, sisa pepejal, dari syarikat pembikinan sampailah ke pelupusan semua melibatkan alam sekitar, bila dah belajar nanti boleh nampak akan cenderung ke arah mana. Lagi satu, rezeki masing-masing, insya Allah semua akan mendapat tempat sebab tak semua akan minat benda yang sama.

4. Fasiliti yang ada dekat kawasan fakulti?
Alhamdulillah, fakulti kita antara fakulti yang bertuah sebab dekat dengan ‘Flat Ikan‘ (yang ada perkhidmatan sewa kereta, printing, kedai makan, dll) bersebelahan saja, ada juga gerai ‘Twister‘ sebelum Flat Ikan untuk sarapan, makan tengahari dan ptg. Fakulti kita ada surau dan perpustakaan yang ada juga komputer. Wifi? Jangan risau. Ada. Heh.

Rasanya itu saja setakat ni, tapi kalau ada soalan lain, boleh terus tanya, inbox, comment, dll. Insya Allah kalau tak saya, ramai saja senior yang peramah kat fakulti ni. Saya suka guna perkataan; ‘laga-laga bahu‘ yang maksudnya kita akan bertegur sapa kat fakulti. Kalau tak tegur macam mana enjoy hidup di fakulti? Heh.

#TipsMasukUPM dari saya, sinilah anda nak cipta memori, serious. Belajar itu penting, semua kawan saya tahu memang saya jenis kejar pointer tapi itu tak bermaksud saya tak join aktiviti. Banyak boleh join. Ada seminar, bengkel, kem, rekreasi, ceramah, usrah, sukan, teater, tarian. Kalau minat tapi tak pernah buat masa sebelum ni, cuba saja, semua orang kat UPM ni setakat yang saya tahu very supportive baik dari kolej sehinggalah mana-mana persatuan. Tak rugi balance kehidupan anda semua. Nanti bile dah kerja akan rindu nanti.

Rasanya itu sahaja, if ada yang kurang and salah, mohon rakan lain betulkan. Thank you and welcome.

Hasifullah Ibrahim
TNYDP Pembangunan Sahsiah Pelajar
Fakulti Pengajian Alam Sekitar
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2014/ 2015

4 Hari 3 Malam di Ho Chi Minh, Vietnam

 

*warning this post contains too much cheesy love story about family and friends and lack of anything special for those who expect adventurous contents, you may choose to leave*

Malam sebelum bertolak ade meeting sikit. Tapi aku mcm dengar tak dengar actually sebab seronok sangat gelak-gelak. Dengan Bondanya duk terasa sebab takde siapa nak bilik dengan dialah apalah. Hahah. Nak sama dengan saya dengan Am tak? And so next Naim explain pasal ape agenda next day. Ain and Haziqah chip in apa yang dorang tahu. Yang kelakarnya aku boleh kata ni more kepada ‘retreat’ dari ‘mobility’. Kononnya. Sebab pergi luar negara. Tapi tulah kalau lagi ramai lagi best. Cuma kali ni Akram dengan Nik ada. Pejal pulak on the other hand, nama dah ada tapi gahhh dia ada hal. Lebur tiket. I was looking forward pasal trip ni sebab entahlah. Cuma last bila dah balik nanti tahu lah kenapa. Emo skt. Hahah. Throughout malam tu, sibuk compare currency tapi last Luqman plg untung sebab dapat 181. Aku dapat 182. Yang lain pakat dapat 190 kat Mines etc. Then malam tu dorang keluar. Aku nak pengsan dah. Tapi aku tak tido lagi. Budak ni semua main Uno. Cuma aku nak siapkan video untuk Alip. Birthday dia nanti. Lepas tu aku sambung kemas barang sebab tak tahu nak bawak and pakai apa. Sungguh tak ready untuk cuaca panas kering ni. And ade jugak teringat KPO MTM dulu 3 hari 2 malam jee pun mampu semua hilang suara ni kan 4 hari. Well firasat aku betul. Sampai demam the next day sampai Vietnam.

Ariff Edzham

Day 1

bandana kinda day

It was okay actually Naim nak aku teman sister sebab dia belikan aku tiket sekali dengan Akram. Tapi ingat nak sama ngan Am. Hahah. Yang nok haramnya Akram masa pergi aku nak tukar seat pergi duduk belakang, dia suruh aku teman dia. Tapi bila balik last day dia pulak yang tukar tempat. Hahah. Kurang ajar.

Takpelah boleh jee. So pagi, aku remind Alip dengan Am check passport banyak kali. Tapi risau jugak kalau aku yang tak bawak. So aku bangun awal dah mandi apa semua. Tapi budak ni semua pergi breakfast dah. Ayam betul. Hahah. Kebulur aku pun tinggalkan roti aku sebab ingat dah lambat. Padahal. Bus yang lambat. Peluh dah pagi tu. Ingat kali ni nak kenekan bandana and flannel punye fashion lah gituhhh. Jesse pakai macam nak pergi dinner tapi duk sibuk kata aku Akram and Am macam boy band sebab same checked.

#TeamBritney

Aliff Ismail

Flight tak lama, lepas makan anta beg semua tukar2 nak masuk luggage ape semua aku terlupe nak masukkan bag cuci barang ape semua so kene rampas dua benda. Hahah. Gelang aku pulak bukan main segenggam. Lame jugak nak tukar.

Ahmad Yusri

while waiting for Yus Kamal Mekki & Su

Akram duk usha-usha orang. Sampai tunggu punya tunggu aku pun beli lah sim card jenama ape entah. 5 GB untuk 100 000 dong which dalam 18 ringgit. Okaylah. Rupanya yang lagi empat dah tolak. Mekki Su Yus and Kamal dah pergi hostel tu. Aku stress sebab first day dah kene cong. Teksi tu mintak nak dekat 350 ribu termasuk tol. Yang lain dapat half. Sebab Akram punca. Hahah. Naik Vinasun okay lepas ni people. Jadi apa yang kitorg perasan. Org Vietnam memang suka main hon. Tak kisahlah bus van motor semua. Bukan tanda nak cari gaduh. Tanda sapa. Tanda kau nak lalu. And kalau kau tunggu lampu merah nak lintas tak payah lah. Lintas jee. Hahah. Sebab drg akan make way jugak. Same cab dengan Akram Am and Luqman. Luqman lawak-lawak nak masuk seat driver. Sebab belah kiri. Hahah.

Ho Chi Minh

Pastu yeah memang nampak banyak gile motor. Sampai jee sempatlah nak snap satu gambar kat celah lorong tapi bile dah upload, aku tak nampak pun ke-Vietnam-nya gambar tu but oh well. Sampai jee, everyone was getting cranky sebab everyone with their own bags and luggage macam serabut kat loby-not-so-big kinda hostel. Saigon Youth Hostel. Panas memang tak ingat tapi sebab kering kau akan rasa lain macam. Ade lah Ain bagitahu macam dusty tp takdelah aku expect sampai boleh buat aku demam. Agak lama jugak tunggu, finally 5 orang lelaki kene duduk kat tempat sebelah which dorang technically halau seorang keluar perempuan. Naim dah settlekan everything dah dengan hostel tu tapi dorang yang messed up bookings tu so drg akan stay kat sebelah tapi breakfast kat situ.

lorong gelap

Akram busy skt nak decide die nak bilik dengan siapa. Tap-tap dia tarik aku. Aku mestilah tarik Am. Tapi dia nak Naim jugak. Naim kene dengan Luqman. Kamal kene dengan Yus. Hahah. Dia macam main game sampan tu tahu tak kene and tak boleh dengan siapa. Hahah. Aku takdelah nak tarik Alip, lagi senang dia sama bilik dengan lagi empat orang lain yang smoke. Tajul Piji Popo. Yang kelakarnya everyone mcm lupa sekejap Nik ikut. So Nik samalah bilik dengan aku. Akram mule buat muka then last okaylah. Lepaskan Naim. Hahah. Kurang ajar jugak.

Aku tengah gelak-gelak kat depan tu dah cakap dah yang Jesse tengah lapar. So Ain dah ready nak masakkan dah. Sekali die mengamuk. “I’m not hungry Ain. No I’m not hungry!” sambil pegang phone. Aku pun berlari sambil menari keluar. Hahah. Semua pun terus senyap masa tu. Buat hal sendiri.

Sedia unpack aku unsure nak pakai ape sebab panas and sumpah baju aku dah basah and aku tak nak pakai baju lain takut dah habis dah aku macam cukup-cukup jee. Daripada Tajul bawak beg sekolah yang lain cume harapkan tuala orang lain etc. Baju empat helai and thats it. Hahah. Lepas tu habis solat semua, aku turun dulu yang lain tengah siap, Nik tido. Jadi aku catch up dengan Jesse and Ain dulu. Ulang-alik nak dua tiga empat kali sebab tak tahu makanan mane murah tapi nasib baik tengah lorong tu ade lagi makanan halal murah sikit if bayar makan ramai. Aku pun Ziqah Ain Jesse duduk semeja. Order kari ikan dengan ayam. Which not bad. Makanan situ not bad. And bile kira yes kau akan habiskan around 20 ringgit-ish per meal. Which is okaylah bagi aku. So better makan kenyang. Then lepas tu semua start pecah. Jalan masing-masing.

dinner

Haziqah Hazemi

Yang aku punya kes. Jesse boleh terpijak selipar aku tengah jalan. Gahhh. Nak tak nak kene beli jugak. Pusing punya pusing Haziqah malas nak lintas jadi die temankan aku dulu sebab Ain Am Jesse Mekki Su nak tgk tukar duit berapa. Finally aku malas nak pusing stop kat satu kedai mak cik tu terer die macam tolak aku masuk dalam kedai die takut aku lari tapi Ziqah tinggal luar. Die offer selipar sampai 630k. Kepala dia. Itu dah mcm satu 105 ringgit. Kurang-kurang dapat 130k. Blh jee drg ni tapi lakhanatnya sama jee tactic drg tarik-tarik kau kata kau first customer dari Malaysia and then tanya maximum price kau boleh bayar then kalau dah rendah habis suka hati jee akan masukkan dalam plastik suruh kau bayar. Celaka ape. Hahah. Emosi skt. Sebab masa tu dia ingat Ziqah isteri aku siap “Bolehlah kakak.” Kau pujuk Ziqah buat apa. Aku yang beli. Hahah. Then aku cari seluar pulak. Ziqah pun beli tapi aku tak tahulah kalau senteng ke tak. Dia dapat 120k tak silap. Aku 90k. Which is boleh tahanlah sebab aku tertinggal seluar pendek ingat nak masukkan dah masa malam tu nak pack. Then tak larat nak pusing masuk kedai The Daun Restaurant tu. Aku dah rasa lain macam dah sebab penat and lapar. Aku tak boleh lepaskan yang Jesse boleh pijak selipar aku while tengah nak lintas jalan. Aku strot-strot jalan. Hahah. Then nak balik Am entertain them with that small HD camera while record video ape entah. Tak tahu macam mane aku Ain Jesse blh jalan dulu borak. Mula-mula aku borak dengan Jesse dulu pasal prob masing-masing. Ni semua lepas semua pakat nak beli seluar kembang yang ade corak tribal or paisley tu. Alip pun beli so semua beli ramai-ramai. Hahah dapatlah murah jugak 8 ringgit.

macam pasar malam pun ada

 

Malam tu aku masak maggie ajak Ain and Jesse sambung lepak. Kenang masa depan. Borak sampai 2 ke ape entah. Ingat dah pkl berapa dah sebab lewat sejam kan. Jadi boraklah lepas macam mabuk-mabuk skt minum air gas. Aku mineral pun okey sebab tekak dah sakit.  Akram Am makan jugak maggie kuah kering aku tu. Hahah. Tapi malam tu masa tu dah kecoh dah barang souvenir nak kasi U lain tu dah hilang. Popo pulak text mengeletar. Sebab ade lah benda ntah pahape yang menguji iman kat hostel dia. Yang aku question Usama buat apa. Hahah. Seblm Jesse sempat layan aku untuk ambik gambar.

fefeeling depan rumah orang

Day 2

the gang

Since panas macam haram kat situ, planning nak pakai singlet tapi demam. Jadi pakai lah long sleeve while pakai seluar 90k dong tu. Hahah. Masa tu siap makan semua aku golek2 dah. Sebab cukup semua pening kepala, demam, sakit tekak and selsema. Tapi tersalah ubat Bonda kasi. Hahah. Merepek. Kamal buat statement yang kalau demam aku tak function sangat. Oh tidak. Sedemam aku sesihat bising dia. Which means hahah aku still blh tahan lagi lah. Jadi sebab dah takde apa aku tarik Alip dulu dah. Aku pusing Am dengan Akram so okaylah takdelah aku tinggalkan dia.

Mekong Rest Stop

Tapi aku dah demam dah kepala dah berat. So mase tulah tourist guide tu ckp berapa banyak total motor kat Ho Chi Minh ape and stop kat R&R tangkap gambar skt. Sebab aku memang dah berat dah badan aku. Cari Ain and Jesse marah dorang sebab tinggalkan aku. Aku still tak lepaskan Alip. Hahah. Tak nak sorang2 so dia kena jugak ikut aku lepas pergi tandas tu. Makan skt then tangkap gambar then sampailah kat boat station. Nak beli topi sama2. Ke Sungai Mekong.  Drg cakap akan naik sampan 4 orang yada-yada. Aku ingat kene kayuh sendiri. Tapi taklah makcik situ last2 kene buat. Muscle drg mesti besar. Nak ajak Am tapi ergh dia still dengan camera dengan Akram dia. Hahah. Jd aku ajaklah Ain Jesse and Alip. Alip dengan Jesse tak habis lawak rokok drg. Dalam bus dah penat dah asyik gelak jee.

boat

 

hammock party

So sampai sane naik boat besar tu and lalu lah macam-macam kedai kepala lah apelah. Aku takdok mood. Nak balik and tunggu mane sampannya. Sampailah kat satu tempat ni banyak hammock. Aku adelah jumpe harga dalam 30 lebih tapi tak beli. So makanlah kat kedai tu dulu rest. Sayur jee lah. Yang penting kasi Jesse makan dulu. Yang Alip tak habis dengan rokok and vape die. Hahah. Ain pulak lawak. Sebab lebah terbang-terbang pastu masuk dalam air tin dia. Kalau sekali takpe. Hahaha. Terbang tempat lain dulu sekali lagi. Masuk lg. Jesse dah hyper, dia cari Alip. Aku okaylah demam boleh habiskan part drg jugak. Lapar doo. Tak kisahlah boleh kene dengan tekak ke tak. Then semua pakat baring kat hammock tu sebelum hujan and dah kene gerak. Dorang duk gurau-gurau dengan Zati. Pastu Tajul pergi hayun tinggi-tinggi Alip. Hahah. Then teringat lagi Fizi buat lawak berani yang kalau nak balancekan biar Bonda and Zati duduk asing. Kurang ajar. Hahah. Then. Aku nak lah beli gelang tapi takut banyak spend pulak. Hahah. Then ade part yang nak perah santan etc dorang tunjuk pakai barang lama.

hafizi, luqman, yus & mekki

 

am, alip & jesse

Finally dapatlah spend time skt dengan roommate beli hammock tapi aku meroyan balik sebab mahal. Nak suruh deal aku tak jumpe Ain. Yang Alip pulak dah lari dengan beg aku. Dorang semua mengharapkan Ain untuk dealkan. Yang Mekki pulak dengan currency die. Hahah. Sana sini Su ikutlah. Then relax jap adelah dengar orang nyanyi lagu traditional Vietnam. Pastu nyanyi lagu Indon ape entah. Pastu nak suruh aku perform wakil KPZ Malaysia. Gila apa. Aku blh buat apa. Hahah.

kereta kuda

 

Jessica Chia

 

kereta kuda

Jalan sikit lagi ade barang lebah-lebah tu. Yus lapar dah nak habiskan semua. Hahah. Then naik kereta kuda comel-comel macam pony. Gegar finally baru dapat naik sampan untuk balik. Pastu suka hati jee kanan kiri mintak bang-bang tip tip? Lawaklah kau tak serve aku kene bagi jugak ke? Hahah.

sampan

Sampai balik finally aku beli deuter packs. Sekarang aku lack dry bag jee. Bak kata Am, beg kalis air. Hahah. Murahlah okaylah dpt 55 ringgit 75 L. Then beli dah baju singlet vietnam aku yang merah tu.

you're gonna miss me when i'm gone

Balik tido. Then masing-masing gerak sendiri balik sebab nak beli beg untuk Jesse pulak. Tapi scary malam tu kitorg macam-macam kene. Yang Am Mekki and Su kene halau sebab penjual tu kenal cam Am pastu die tak nak serve dah sebab die sendiri yang tukar harga padahal Mekki ingat yang die pernah kasi murah skt. So dia tak nak tengok muka Am dah. Yang Ain paling win. Hahah. Crazy girl. Pompuan yang jual tu kitorang mintaklah murah sebab nak beli untuk #TeamBritney gelang sama jenis tu. Mula jual berapa entah dalam 20 ringgit each kut. Gila apa. Sekali deal punya deal dapat 7 ringgit each. Jesse pun masuklah nak pilih warne pastu pompuan tu marah. “What you want? She already chose.” Biarlah kitorang nak pilih balik dah nak beli dah. Die jerit lagi. Thats it. Ain pun pandang aku; “OMG, she’s so...” Aku pun blah pastu dia tolak Ain. Keluarlah perkataan tu. Hahah.

Then usaha tetap diteruskan. Cari lagi. So aku cakap aku nak beli lima. Sekali dia kasi aku satu 1m. Which means satu 200 ringgit. HAHAHA. Gila apa. Memang taklah. Aku nak blah dah. Sekali dia hulur aku calculator dia. Aku cakap lah untuk lima aku dapat 190k which satu dalam 7 ringgit, dia bisik ‘gila’. aku dah ready nak blah lah. Kalau kau tak nak rugi takyah lah jual. Sekali dia kasi. Ambik jeelah. Then pompuan mane entah lagi macam tanya dia kenapa jual yang hitam tu murah sebab lain harga and sepatutnya mahal. Jesse perasanlah. Dahlah dia pun ambik hitam. Lepas tu Ain cite yang kadang-kadang dorang boleh panggil gangster. Tak membantu langsung lagilah aku nervous.

Jadi lastly settle semua tu kitorang pergi makan kat kedai daun tu nak kerja solat. Makan share. Ain emo. Hari tu Ain banyak emo. Aku just cakap jee lauk apa boleh pilih takpe relax jee lah yang lain dah masak dah pun. Pastu dia emo “dahlah pilih, pilihlah.” Hahah. Sebab lama sangat. Takpelah. Sebelum semua tu jadi tak boleh miss lah kisah kat dalam Ben Tanh market tu, nak beli untuk Jesse pulak beg deuter. Boleh tak orang dalam tu tarik topi aku yang aku ikat kat beg aku sebab aku cakaplah mahal then dia suruh stay. Mende. Bukan aku yang nak beli. Jesse. Biarlah Jesse and lain kat situ. Tapi tak beli pun sebab mahal jugak.

the daun restaurant semua anti social kejap

Pastu jumpe semua orang, dah prepare nak balik pusing lagi sebab dorang nak beli telekung. Ain Am tukar duit then tanyalah masing-masing nak buat ape. Pusing lagi kejap Jesse nak beli barang then finally jumpe kedai telekung. Aku takdelah beli since mama memang banyak dah telekung. Hahah. Jumpe Bonda then tiga ekor prepare nak balik. Alip Am lain semua tgh beli. Mekki pun terus hilang dalam tu. Tajul Piji duduk terbongkang tepi tu lepas tak reti nak lipat. Akram macam biasalah. Duit dah tak tahu nak buat ape. Hahah.

Balik. Start sesi kedua cerita emo-emo. Duduk tepi taman jap. Jauhlah friendship kitorg ni. And macam-macam benda dah jadi. Makin rapat lah. Semua dok setuju aku hilang sem lepas. Sem 4 semua orang tak nampak aku sangat. Walaupun sepatutnya join program satu kolej satu kampung ke ape entah under Popo tapi dok jadi. So jarang meeting dgn semua MTM sem lepas. Then tarik diri dari kembara ilmiah mahasiswa under Usama pulak. Takpelah takde rezeki nak pergi Sabah, sepatutnya dah masuk tp takpelah. Hahah.

Funny when kadang certain things happen ingat kau dah tak boleh ade salvation dah. Tapi sebab Allah nak tunjuk. Cuma ade ayat Ain die terlepas ckp aku tak tahu dia perasan ke tak. Hahah. Aku cakaplah yang aku sayang dia Jesse and Alip tahap yang aku nak dorang sayang aku balik as in ade lah dengan aku bile buat something. Aku nak aku nak. Hahah. Pastu dia ckp perlahan sambil buat muka penat; “hah tulah kadang tu yang tak larat tu.” Hahah. Terkejut kejap. Oh well aku replylah kita ni kadang give and take. So aku takde ade pape sangatlah. Kite susah orang tolong, dorang susah kita tolong. Then sambung next tempat Jesse nak minum Mojito dah banyak kali lalu kedai tu tapi dia tak minum. So kitorang teman lah dia minum air putih. Hahah. Borak lagi. Then Am pun sampai borak-borak lagi. Kepala aku dah berat dah. Esok pakai baju Melayu nak kene gosok baju lagi. Pastu aku naik mandi semua terus gosok baju then pengsan.

Day 3

Semua dah siap. “Hasif, bangun.” Tiga-tiga kejut aku tapi aku memang tak larat dah. Gulung-gulung bawah blanket. Dorang pun turun. Am comel baik hati bawak breakfast. Then drg pun bertolak aku tido jage tido jage. Dalam otak aku tak sure aku mcm nak tak nak ikut. Sebab dah tak larat jadi takde menyesal sangat lah lepas dapat tahu apa jadi lepas tu. Dalam 9-10 baru aku makan dua tiga suap maggie tu then makan ubat balik. Then Jesse and Ain being good friends they are nak bungkus makanan ke tak. While aku terima text Haziqah suruh masukkan dia dalam group balik. Aku tak paham maksud dia so aku pengsan balik masa drg whatsapp aku tu time 1 lebih.

Pukul 3 aku dah siuman skt drg pun dah nak balik. Ain and Jesse tak sempat nak belikan makanan then barulah aku tahu kisah lawak dorang satu-satu dengan uni sana. Makan kat tempat salah pastu climax Tajul and Zati plus Piji dengan kopiah dia. Titanic. Sup rice noodle. And kisah shooting star. Jadah dorang semua ni. Luqman makan dengan rakusnya dan laju. Alip dengan ayam goreng dia.

Aku still tingtong lagi so keluarlah. Paut kat Am sikit supaya kau tak pengsan. Pastu geng Vietnam suruh borak pulak. Aku tengah kawal diri masa tu dari pukul dorang. Hahah ajak borak pulak. Dalam tu macam pelik-pelik skt. Pusing sebab next day dah takde masa nak beli. Laju and kene marah sebab aku pergi alihkan barang yang dorang tengah susun. Oh well at least aku beli. Hahah ape magnet tu. *which aku lupa nak kasi parents aku masa drg dtg kejap ambik souvenir sandal and kain cotton sutera* Dah sedap dapat key chain murah. Chusssh! Berderai lebur 35k dong. Dalam berapa ringgit entah cawan kaca tu. Darn it. Tengah demam-demam and lapar startlah manja annoying nak perhatian aku. Hahah. Habis kat Ben Tanh Market tu lepas beli sudah baju apa semua, semua dah ready nak makan. Izzatti pulak buat hal tukar beg well dalam tu memang takde barang ori lah. Hahah. Dia tukar beg nak 5 6 kali baru beli. Tanya ori tak ori tak. Kah. Then satu kawasan tu tak nak serve dorang dah. Orang dari uni Vietnam tu pun tarik and cepat-cepat nak kuar and barulah tahu. Orang kawasan situ pun tak suka orang dalam tu sebab cth macam dorang niaga jee situ tp tak tinggal situ. Macam dari daerah or province lain. Kat situ jenis kasar. Yang lain macam sopan-sopan baik-baik jee macam orang kat hostel tu. Hahah.

Makan kat kedai satu Malaysia situ. Am kata kedai Najib. Finally aku Jesee Ain dapat jawapan kenapa konon bernilai sangat gelang yang kitorang beli sampai kitorang dapat 7 ringgit dari 200 tu. Macam spiritual untuk kesihatanlah kononnya. Hahah. Seronok orang Melayu Vietnam (ape entah gelaran dia) gelakkan kitorg sebab dia pergi google gambar gelang tu. Jesse and Am nak sambung beli coffee and mase tu aku dah start lain macam rasa kurang kasih sayang kene ignore. Hahah. Balik dengan Zati sekali. Piji and Tajul ade dah kat hostel dorang. Alip ingat prank die kene esok sebab dia salah bace pasal group tu. Akhirnya terjawablah kisah rupanya dia pakai hp Haziqah and whatsapp aku suruh masukkan balik dia. Aku reply mende gila dia memang dalam group tu cuma dia tak boleh access benda tu sebab dah archive tapi nasib baik aku reply lambat masa hp dah kat tangan Ziqah. Masa Ain upload vid kat IG siap warn lagi ‘harap habis kat situ jee‘ memang tak lah Alip.

Then, lepak kejap and then semua prepare untuk prank. Aku ambik maggie and bekas makanan dalam sinki cuma bau dah nak buat aku loya takdelah aku masuk banyak kang aku yang muntah. Tapi last bau teh and kari dah neutralise benda tu. Semua dah nak ready buat kat taman. Muka Alip redha. Hahah. Konon gigih. Aku lari terus once semua dah start. Nervous. Hahah. Demam terus sihat. Masuk Usama and Popo ikut sekali sebab tak nak kene air yang Tajul prepare pulak. Macam haram. Yuks. So seorang demi seorang balik aku paranoid kenapa semua orang ade. Padahal drg memang stay situ. Yang pelik awalnya siap orang kerja situ nak offer aku whiskey mula-mula. Hahah jadahnya. Aku baru jee borak dengan orang Jepun kat situ tapi orang lain yang tanya. Yg Jepun tu dah start mabuk semua dah naik atas. Aku Jesse stay lambat sikit utk malam akhir tu. Dengan makanan dia.

Aku dah takde mood lepas kemas-kemas barang sebab rasa kene ignore mase tu hahah. Intentionally layan twitter then Bonda masuk bilik gelak-gelak dengan Akram sama. Pastu aku borak skt dengan Nik then aku tido. Lawak hammock aku cepatkan habis. And aku tak tahu banyak cita apa tengah jadi kat hostel sebelah aku tak nak tahu. Usama and Popo balik lambat. And Alip dah start balas balik. Yang Piji noob sebab dia takde pape tergelincir Alip pun attack dia dulu lah. Aku yang buat dia yang jatuh.

Tutup mata, hati tak tenteram harap Alip tak buat pape dah. Perasaan lain kene abaikan tapi banyak fikir sikit time tu. Macam-macam dah fikir time tu.

Day 4

Tajul Shafiq

The guys awal hari tu. Last day, kecoh-kecoh skt, konon Am tak perasan aku emo skt tapi perasan jee so dia biarkan dulu. Aku layan Alip dulu. Hahah. And gahhh Alip asyik nak gaduh dengan aku sebab die kata dia nampak siapa create group Birthday/Prank Alip tu. Hahah. Aku petik nama orang lain. Tak caye. Bonda Haziqah ape semua. Alip kasar dah nak kuat lawan lepas kene malam tu.

ain, jesse, zati & alip

Aliff Ismail

So semua prepare nak pergi Cu Chi Tunnel tu. Overall aku bosan kat situ just tempat masa zaman peperangan or penjajahan dulu dorang guna a few layers bawah tanah. A few stop here and there. Sebelum tu pulak ade stop kat kedai yang dorang jual arts pakai kulit telur tu. Lawalah. And dalam bus ade seorang ni yang dorang panggil Wolverine and langsung dia tahu kitorg orang Malaysia. Ain Jesse Mekki Su kat belakang dalam bus. Konon nyanyi2 lah. Padahal aku ngantuk. Zati Ziqah kat depan gelak-gelak. Yus Luqman kat sebelah jee. Yang dorang pulak cite kene kacau lah and Jesse layan lawak Luqman pasal “I cannot stand already.” tu hahah. Bila kat sana tangkap gambar jee lah lebih.

Selain tu Yus pulak sentap kene panggil ‘pendek‘ then kene tarik janggut dia pulak tu. Luqman temptation skt terus beli. Hahah. Luqman kene panggil ‘gemuk’ dengan pompuan kat market tu.

Buat benda lain lalu bawah tanah tu bongkok bagai sakit belakang jee. Ain pancit dulu. Aku pun dah pancit dah belakang Su Mekki Alip. Tapi teruskan jugak.

Mantan MTM KPZ 2014/ 2015

you love what you have

Aliff Ismail

 

Mekki @ Cu Chi Tunnel

that kinda day

Habis Yus buat lawak nak habiskan ubi yang ada kat situ sebab lapar. Then nak kenekan Alip lagi sebab Alip takut ulat. Konon Tajul nak tolong. Tapi dia yang takut, Alip and lain nampak aku pun terkejut jugak ulat gonggok tu besar tp bile Bonda kata takde sengat ape semua aku okay lah. Alip kejar Tajul balik. Aku tangkaplah Tajul. Sebab dia takut okaylah kalau dia okay berani mampuslah aku kene hempap balik. Nasib Nik ade lock grip badan dia. Bonda pun campak kat Tajul. Tajul tahan lagi tu kalau tak ade dia tendang Bonda sekali sebab takut. Sampai dia terlepas cakap tak boleh pikir takut punya pasal kais-kais dengan kertas nak halang ulat tu. “Bodoh Bonda bonda bonda takmo Bonda.” Aku tak sure dia ingat ape dia cakap time unless dia tengok video.

Hahah dalam video dengar suara Mekki; “Hasif! Pusing.” Kau ingat Tajul tu ringan? Hahah. Then kitorang pun balik. Tak sempat nak tengok post office dengan cathedral notre dame. Sebab aku rase aku takdok langsung gambar yang menunjukkan aku kat Vietnam pun actually. Hahah. Gahhh.

Makan kat basiroh tu. Lapar baq hang sampai masuk angin. Lepas tu tangkap2 gambar balik bilik sempat membuang kejap sebab dah check out aku masuk tandas bawah tu dulu. Unpack mane yang patut. Settle ramai yang lain pun baru balik. Sebab kitorang dah habis shopping dah hari sebelumnya rushing sane sini. Then tunggu teksi. Kolot-kolot takdok gambar dengan Am sampai balik. Hmmm.

xde motor

Aliff Ismail

Yang tu favourite gambar aku overall. Heh. Sampai air port pun kecoh lagi aku macam dah senyap skt, well skt jah dah if only aku tak demam takde lah aku banyak fikir then miss nak buat a few things kecuali minum sup lah. Hahah. Tangkap gambar semua sambung nyanyi dengan Mekki and Jesse macam dalam bus tu. Which rindu pulak moment tu dengan Alip sekali melayan. Haha. Ingat nak ade full body shot dengan orang lain jugak gambar MTM semua pun aku yang ambik. Bangang jugak sebab baru teringat buletin KPZ  yang first tu pun dalam gambar MTM ramai2 semua aku takde. Hahah. Report FESKO pun takdo. Hahah. Sedih pulak hati ini.

su, mekki, zati, ain & jesse

Mekki @ Vietnam Airport

the Vietnamese Uni Students saying goodbyes

#TeamMelbourne

Haziqah & Akram

Dalam flight dengan Ain and Noob bosan so kitorang main teka eja jawi. Best jugak aku pun ade lah ulang alik pergi belakang. Lepas Akram pun pergi belakang. Yang kelakar tengah dah nak terbang Izzatti buat hal lagi tukar seat dengan Tajul then ade pulak boleh cakap; “Bosanlah boleh tak cite something.” Itu win. Hahah. Yang aku fikir nak suruh Izzatti duduk depan sebelah Mekki sebab dia dengan Su, Alip kat tepi tu. So yang kosong between Tajul boleh aku duduk. Sekali Mekki taknak pastu nyesal kau nak tukar seat dengan Haziqah. Hahah. Alip kacau dia. Mase aku suruh tak nak. Hahah.

Last pengsan. Takde gambar dlm flight dengan Am and Alip jugakkk. Hmmm. Aku pun menari-nari macam orang gila semua orang pandang kat KLIA2. Hahah Alip dah lari dulu dah. Aku kejar. Pastu dorang keluar makan. Satu aku dah masuk angin. Dua aku dah start emo sorang kat bilik since dalam flight aku asyik fikir all the possibility  if boleh tukar outcome kat Vietnam tu. Sorry sebab demam. Hahah. Hmmm.

Overall. It was fun. Despite minor glitch. Itu orang cakap kalau nak kenal seseorang tu. Pergi travel dengan dorang. Hahhah tahulah nanti. Ni retreat MTM. Half takde. Kalau semua ade mesti lagi gila. Mase tu pun dah start start sayang masa awal tu. Oh yeah sekarang ni MTM baru nak KPO. So insya Allah korang akan rase family tu. Teringat pulak Luqman pergi share post lame. “The new board really looks promising.” Aku tak ingat siapa cakap. Tapi tulah. Walaupun ade bising-bising (ada jee) yang pergi Vietnam ni tapi heh, I think all of us did our part tolong jugak cari duit untuk mobility ni, yuran and saham etc. So if korang ade peluang nak pergi Kemboja Jepun Korea semua tu pergi lah. Melalui MTM dengan family korang. Jadi bagi family aku yang membaca ni. Terima kasih, rase nilah finally last event kite sama, klu jumpe pun tak semua nanti kat KPZ. Nak buat #SelfieSelasa MTM pun aku tak sure valid ke tak.

Kepada Am Alip Jesse Ain #TeamBritney especially, Dayana Atiqah Syammir, classmate jumpe korang next sem, Bonda sekali. Maaf salah silap. Misi untuk #AyuhDapat4FlatBersama diteruskan lagi. Insya Allah. Yang paling rapat dengan aku thanks sebab selalu ade kat belakang tepi tengah atas bawah aku, apa yang aku ada sekarang ni sebab korang. Tak lupalah parents aku tapi yeah. Sebab korang. Jom travel sama lagi ni while ade masa. Kerja nanti susah. Kepada board baru, Top 6 korang jujur aku cakap hebat. Korang akan jadi hebat macam dorang jugak nanti. All the best. Kepada Popo, aku akan tlg MAKP tp aku tak nak jawatan okay? Aku nak jadi macai-macai kau. Aku macam biasalah akan sentiasa support selagi siapa yang perlukan bantuan and ilmu aku utk di share. Insya Allah. And Am thank you accept aku jadi roommate kau pelik2 so jangan lupa sayang aku okay, aku nak perhatian kau. Hahaha. Nanti kite sama busy dengan hal kite tu, tu lain cite.

Cause you’re my flashlight.

Mantan MTM KPZ 2014/ 2015

habis sudah journey setahun family ni

Sikit

BEM 2013/ 2014

Scarf KPZ

Vietnam Mobility

Selesai sudah a few design yang aku patut buat (gambar kelas) and banner Vietnam punye mobility utk KPZ. Yang tengah tu Naim entah pelik-pelik masuk bilik suruh aku design. Hahah. Aku tak tahu boleh please kan orang ke tak tapi well yeah aku rase aku perlukan sumber inspirasi dulu. Sebab macam buruk pun ada. Hahah. At least smlm Mamba pun ada suruh buat sepanduk untuk Super 7  dia? And Mamba bayar. Heh duit makan katanya. Wah murah rezeki sejak jadi Felo Perdana ni.

Dua tiga hari ni celaru sikit. Jadi datang KPZ ni macam get away sikit. Sebab ade benda yang aku kena fikir. Ade benda yang aku tak sure. Tapi biasalah not everything gonna go your way. Jadi aku pernah terfikir yang kenapa aku tak macam sem satu which aku simpan and sebenarnya takde problem sebab kau tak complain. Aku complain well basically kat Allah. Habis bila kau dah rapat dengan kawan kau mesti kau nak share. Jadi macam mane tu? Macam dah dependent kat kawan kau. And all those komen yang ‘jujur’ yang sometimes tak semua orang boleh terima. Sebab hahah macam sakitkan hati orang. So sebelum sem baru masuk. Nak kene recheck balik apa yang boleh buat.

I just wish sometimes if people tak nak something they just gonna say it beforehand, even if it hurts I guess at least I know its the truth. Oh whoever reading this and terasa, no, dont assume. Heh I have a lot on my place. And I still love you. Ehhh dah kenapa emo. Hahah. Oh well. Tak puas hati dengan hasil kerja tangan sendiri. Tadi rasa macam buruk. Yang kasi kat Mamba tu.

Jadi done meeting dengan Azrin untuk KPO. Ops, aku lupe yang aku cakap aku nak buat. Hahah. Jadi tengah tunggu update tu. Harap xde siapa hilang. Hahah. Peace out. Im thankful somehow I know my classmate support me. Walaupun aku tak berapa tahu sangat if kalau dorang ada masalah dengan each other ke ape.

#KPZ #FPAS #BEM #KPO #MPP #PMF #FESSA